Asal Usul Bangsa Melayu

20120508


Pendahuluan
Berdakwah dalam ertikata mengajak manusia ke jalan Allah merupakan tugas yang paling mulia dalam Islam. Allah menegaskan dalam al-Qur`an, surah Fussilat; 33 yang bermaksud, Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri!”. Islam mewajibkan umatnya supaya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar sebagaimana ditegaskan al-Qur`an dalam surah Ali ‘Imran; 104 dan 110. Seluruh para nabi yang mursal mengungguli tugas dan amanah ini dalam penyampaian risalah perjuangan mereka, begitu juga amanah ini diteruskan oleh para sahabat, tabiin, ulama, syuhada dan solehin hingga ke akhir zaman. Oleh kerana amanah dakwah ini adalah amalan yang ditaklifkan, mulia dan mendapat ganjaran yang besar, maka ia memerlukan persiapan yang rapi dari sudut keilmuan yang menyeluruh, keimanan yang mendalam, kepimpinan yang adil dan amanah, pendekatan yang penuh hikmah, mengenali sasaran dakwah dan sebagainya.
Kepentingan hikmah dalam berdakwah
Islam menggesa para da`iy supaya mengutamakan pendekatan yang bijaksana dalam penyampaian ajaran Islam sepertimana ditegaskan dalam surah an-Nahl; 125 yang bermaksud “serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.”
Hikmah dalam erti mengenal golongan atau sasaran dakwah, apakah ia golongan cerdik pandai atau awam ataupun golongan yang berada antara keduanya. Berpandukan Hadis dan pandangan Syeukh Muhammad Abduh, Pak Natsir mengulas bahawa golongan pertama dihadapi dengan pendekatan hikmah, golongan awam melalui mauizah al-hasanah dan golongan ketiga dihadapi denganmujadal billati hiya ahsan, sesuai dengan Hadis Nabi (SAW) Khatibun-nas ‘ala qadri ‘uqulihim) (Natsir, 1978; 180). Hikmah juga diberi takrif berbagai-bagai antaranya ialah memahamkan rahsia dan faedah tiap-tiap sesuatu perkara. Ada juga yang mengkelaskan hikmah sebagai ilmu yang sohih yang menggerakkan kemahuan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang bermanfaat. Muhammad Abduh menyampaikan bahawa orang yang bijak ialah seorang yang benar-benar faham tentang selok belok teknik mengerjakan sesuatu dan dia mahir dalam bidang tersebut (ibid).

Peranan Wali Songo dalam berdakwah
Agama Islam telah masuk ke Tanah Jawa pada abad ke-8 masihi lagi, namun disebabkan keutuhan pegangan masyarakat Jawa terhadap animisme, Hindu dan Buddha, agama baru yang dibawa oleh pendakwah dari Dawlah Abbasiyah tidak berjaya menarik minat masyarakat. Keadaan ini berlarutan sehinggalah Sultan Mahmud 1 dari Turki mengutuskan satu pasukan dakwah Islam ke Jawa yang ketika itu pemerintahan Majapahit menghadapi kemelut perang saudara pada tahun 1401-1406. Pasukan pendakwah yang terdiri daripada sembilan orang itu dipimpin oleh Maulana Malik Ibrahim. Mereka ini telah berjaya menghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama tujuh abad sebelum itu (Hasan Simon, 2204: xxii). Setelah dakwah Islam drintis oleh wali Songo, perkembangan Islam berlaku dengan cepat dan sampai ke zaman kemuncak sekitar abad ke-15 hingga ke-17 hasil daripada sumbangan para wali berkenaan (Musyrifah, 2007:26)
Peranan Wali Songo dalam mengembangkan Islam di Tanah Jawa amatlah besar. Mereka banyak berjasa memimpin pengembangan Islam di seluruh Jawa dan kepulauan Indonesia. Justeru kerana jasa dan peranan mereka itu mereka diberi gelaran wali kepada mereka (Ridin Sofwan, 2000:231)
Perkataan wali berasal daripada kalimah Arab wali ; singkatan daripadaWaliyullah (Qur`an, Yunus:62-64) yang bermaksud orang yang mengasihi dan dikasihi oleh Allah kerana jiwa mereka sentiasa dekat dengan Allah (lihat, HR Bukhari). Manakala istilah songo berasal daripada bahasa Jawa bermaksud sembilan (Ridin Sofwan, 2000:7). Songo juga dikatakan berasal daripada bahasa Arab tsana bermaksud terpuji dan angka sembilan dianggap angka yang mempunyai nilai mistik dalam masyarakat Jawa. Pendapat lain mengatakan kata songo berasal daripada kata sangha -istilah Budha yang bererti perkumpulan atau jamaah. Maka wali sanga bererti perkumpulan atau jamaah wali (Feby Nurhayati, 2007:39).
Berdasarkan penggunaan istilah sanga, harus difahami bahawa wali yang menyebarkan agama Islam di Jawa tidak hanya terdiri daripada sembilan orang, malah kehadiran wali songo itu merupakan satu himpunan atau kesatuan para mubaligh yang menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Terdapat penulis yang membahagikan wali songo kepada tujuh angkatan, selain itu, keanggotaannya juga tidak kekal iaitu apabila salah seorang wali songo meninggal dunia tempatnya akan diganti oleh wali yang lain agar jumlah dan namanya kekal sembilan. Misalnya, setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1419, maka pada tahun 1421 tempatnya digantik oleh Ahmad Ali Rahmatullah yang lebih dikenali sebagai Raden Rahmat.
Wali Songo berdakwah secara berjamaah, organisasi mereka tersusun rapi dan menggambarkan suatu bentuk kerjasama yang baik di antara sesama pendakwah. Setiap anggota dalam organisasi mempunyai tugas masing-masing demi menjamin keutuhan dan kesatuan. Misalnya Sunan Ampel bertindak sebagai guru ketua, Sunan Giri sebagi ketua jaksa, Sunan Ngudung dan Sunan Kudus sebagai panglima, Sunan Kalijaga sebgai diplomat (Radin Sofwan, 255). Organisasi yang sistematik dan tersusun rapi seperti bunyan marsus yang telah membawa kejayaan kepada dakwah wali songo di Tanah Jawa.
Tokoh-tokoh Wali Songo yang terkenal adalah seramai sembilan orang terdiri daripada Maulana Malik Ibrahim (w.12 Rabiulawal 882H/9 April 1419), Sunan Ampel @ Raden Rahmat (1401M-1481), Sunan Giri (w.1506), Sunan Bonang (w 1525), Sunan Drajat , Sunan Kalijaga (1440), Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati (w. 1570) (Feby Nurhayati, 2007: 49-95)
Sumbangan Wali Songo
Sumbangan Wali Songo dalam pengembangan ajaran Islam di Tanah Jawa dan kepulauan Indonesia memang tidak dapat dinafikan lagi. Begitu juga, sumbangan mereka terhadap masyarakat di Tanah Jawa meliputi pelbagai bidang kehidupan termasuklah pembinaan masjid, politik dan ketenteraan, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan kebudayaan Islam.
1.Pembinaan masjid
Dakwah Rasulullah (SAW) di Madinah bermula dengan pembinaan masjid Quba’. Wali Songo mengikuti jejak langkah baginda dalam berdakwah dan pembinaan masyarakat Islam di Tanah Jawa. Sumbangan utama Wali Songo terhadap perkembangan Islam di Jawa ialah pembinaan masjid dan langgar (surau) di lokasi dakwah masing-masing. Misalnya, Sunan Ampel membina masjid di Kuning ketika dalam perjalanan ke Ampel Denta. Sunan Kudus membina masjid Kudus (1549), Masjid Demak dibina seiring dengan penubuhan Demak Bintara sebagai kerajaan Islam. Pembinaan masjid oleh Wali Songo adalah amat penting memandangkan masjid bukan sahaja tempat solat dan penyebaran ilmu pengetahuan tetapi ia juga sebagai tempat untuk membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan politik, sosial, kebudayaan dan kehidupan.
2. Politik dan ketenteraan
Para sufi tidak memisahkan diri daripada urusan kenegaraan, mereka sememangnya mempunyai kecekapan politik yang tinggi dan memiliki pengetahuan tentang kenegaraan yang jelas. Kalau mereka tidak bersifat demikian bagaimana mereka dapat melumpuhkan kerajaan Majapahit tanpa mengorbankan nyawa dan memusnahkan sistem masyarakat pada tahun 1518M (Hasanu Simon, 2004: 140).
Penubuhan kerajaan Demak Bintara adalah satu lagi bukti penglibatan mereka dalam politik, Demak adalah kerajaan Islam yang pertama di Jawa. Kemunculan Demak adalah hasil kegigihan Sunan Ampel dengan mendapat bantuan daripada Sunan Giri, Kalijaga dan Bonang. Raden Fatah dilantik menjadi sultan Demak yang pertama. Melalui kerajaan Demak, mereka menyusun kekuatan dakwah dan ketenteraan sehingga dapat menakluki kerajaan Hindu di Jawa seperti menewaskan Majapahit.
Sunan Kudus adalah panglima perang yang berjaya menewaskan kerajaan Majapahit melalui strategi serangan tiga arah iaitu Surabaya, Tuban dan Madiun. Sunan Giri juga banyak memberi sumbangan dalam pembentukan kerajaan Demak, ketokohan beliau dapat dibuktikan apabila beliau mendapat gelaran Sultan Fakih walaupun beliau bukanlah seorang sultan atau raja, malah setiap perlantikan sultan harus mendapat persetujuan daripada beliau terlebih dahulu.
Sumbangan dalam bidang ketenteraan pula ialah kejayaan Sunan Gunung jati menentang penjajahan Portugis, beliau berjaya membebaskan Jakarta dan daerah sekitarnya daripada cengkaman Portugis pada tahun 1527M. Portugis tidak berjaya untuk menjadikan Sunda Kelapa sebagai pengkalan kerana Sunan Jati terlebih dahulu menakluki kawasan tersebut dan pelabuhan di wilayah Pajajaran seperti Cirebon dan Banten. Kedua-duanya mempunyai potensi dalam bidang ekonomi terutama lada. Jawa Barat yang ditawan ditukar nama menjadi Jayakarta (Jakarta) yang bererti kota kemenangan bersesuian dengan gelaran Fatahillahyang diberikan kepada Sunan Gunung Jati kerana kejayaan beliau menumpaskan Portugis (Abdul Halim, 1993: 98).
3. Ekonomi
Sumbangan mereka dalam bidang ekonomi dapat dibuktikan melalui tindakan Maulana Malik Ibrahim menyempurnakan kehidupan di Leran dengan memelihara sawah dan kebun secara cermat dan baik. Di samping meningkat taraf ekonomi penduduk, beliau menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seperti galakan memberi sadakah kepada fakir miskin.
Maulana Malik Ibrahim memperkenalkan sistem pengairan untuk pertanian bagi memajukan kota Gresik (Hasanu Simon, 2004: 167). Hasilnya kawasan pertanian berjaya dimajukan. Sunan Drajat berjaya meningkatkan prasarana pengangkutan dan pembangunan perumahan. Manakala Sunang Gunung Jati pula menggalakkan penduduk menerokai hutan sebagai tempat kediaman dan pemanfaatan hasil bumi. Sunan Kalijaga turut menghasilkan karya mengenai pertanian seperti filsafat bajak dan cangkul (Ridin Sofwan, 2000;279). Raden Fatah pula memberi sumbangan dalam pentadbiran ekonomi kerajaan Demak, Demak menjadi pelabuhan perdagangan penting dan mencapai kemajuan yang pesat, hasil mahsulnya diekspot ke Melaka.
4. Kemasyarakatan
Kedatangan Islam telah membawa perubahan terhadap sistem sosial masyarakat Jawa yang mengamalkan sistem kasta. Pendakwahan Islam di Jawa telah berjaya menghapuskan sistem berkenaan tanpa menggunakan kuat kuasa undang-undang tetapi melalui pengaruh pendidikan Islam. Sunan Ampel misalnya berjaya menjadikan pusat pendidikan di Ampel Denta sebagai pusat pengajian bagi semua lapisan masyarakat. Sunan Ampel juga telah berjaya melakukan islah ijtima`iydengan memperkenalkan slogan mo-limo atau emoh-limo yang masih terkenal hingga kini. Slogan itu dalam bentuk larangan melakukakan main (berjudi), minum (minuman keras), maling (mencuri), madat (menghisap candu) dan madon (berzina) (Hasanu, 2004; 197).Mo limo diperkenalkan kerana kerajaan Majapahit mengalami kemunduran mendadak kerana sikap bangsawan dan pangeran suka berpesta, berjudi dan mabuk. Sementara itu, agama Hindu dan Buddha gagal mengatasinya, akhirnya Sunan Ampel berjaya mengatasinya dengan beberapa langkah yang berkesan seperti membangunkan masjid, mendirikan pesantren untuk mendidik para bangsawan dan pangeran dan memperkenalkan falsafah Mo Limo.
Sunan Kalijaga pula membantu mewujudkan perhubungan yang harmonis antara pemerintah dan rakyat iaitu melalui slogan Sabdo Pandito Ratu. Slogan ini membawa maksud kebijaksanaan penguasa harus sejalan dengan nasihat para ulama.Tindakan beliau berjaya mewujudkan hubungan yang serasi antara pemerintah, ulama dan rakyat. Ia diperkukuhkan lagi apabila masjid dibina berhampiran dengan istana atau kabupaten (Arman, Arrosi, 1994: 23). Selain itu, terdapat kalangan wali yang berketurunan bangsawan seperti Sunan Giri, Bonang, Kalijaga dan Gunung Jati. Mereka berjaya menarik minat ramai bangsawan Jawa memeluk Islam dan seterusnya mereka yang diislamkan itu berusaha menyebarkan Islam di kota-kota pelabuhan sehingga ke pendalaman. Hasil dakwah Sunan Giri menyebabkan lahir ramai para ulama dn mubaligh terdiri daripada petani, nelayan dan pedagang.
5. Pendidikan dan ilmu pengetahuan
Maulana Malik Ibrahim adalah orang yang pertama memperkenalkan pesantren di Gresik dan melalui pesantren ini lahir mubaligh Islam yang menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk Jawa. Sunan Ampel pula berjaya mendidik ulama melalui pembinaan Ampel Denta. Sunan Bonang dan Syekh Siti Jenar memperkembangkan ajaran tasawuf, Sunan Bonang menghasilkan karya Suluk Sunan Bonang. Manakala Sunan Giri memperkenalkan permainan kanak-kanak yang bermotifkan pendidikan seperti Jelungan, Jamuran, Ilir-il irGendi Gerit dan Gula Ganti. Misalnya, Ilir-ilir merupakan lagu yang mendidik seorang supaya optimis dalam melakukan amal kebaikan agar amal diterima dan harus ambil kesempatan beramal semasa hayat masih ada. Sunan Giri juga menghasilkan karya ilmu falak yang disesuaikan dengan prinsip falak Islam, selain itu, beliau memperkenalkan penggunaan kertas sebagai bahan penulisan yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu dan budaya (Ridin Sofwan, 2000;275-6).
6. Kebudayaan dan kesenian
Sunan Kalijaga, Bonang, Kudus dan Muria dikategorikan sebagai wali abanganatau merahan iaitu wali yang ingin memasukkan ajaran Islam ke dalam tradisi dan kesenian Jawa sebaliknya wali putihan menekan ajaran Islam semata-mata tanpa mahu berkompromi dengan kesenian dan kebudayaan Jawa (Hasanu Simon, 2004: 135). Sunan Kalijaga menggunakan seni wayang sebagai salah satu strategi dakwah kerana tradisi wayang telah berkembang berabad-abad pada zaman kerajaan Majapahit. Pada zaman itu, Seni wayang lebih dikenali dengan nama pementasan wayang beber iaitu wayang yang bentuknya dibentang (dipaparkan). Sunan Kalijaga mencadangkan wayang beber dipersembahkan ketika majlis perasmian Masjid Agung Demak agar dapat menarik orang ramai terutama masyarakat beragama Hindu. Namun demikian, Sunan Giri selaku ketua Wali Songo ketika itu membantah kerana wayang bergambar manusia suatu yang haram dalam syariat Islam. Maka Sunan Kalijaga membuat perubahan bentuk manusia kepada bentuk yang mirip karikator seperti yang ada pada hari ini. Perubahan yang kreatif ini adalah sumbangan besar Sunan Kalijaga dalam bidang ini.
Sementara itu, Sunan Bonang pula mahir dalam penggunaan alat muzik bonang. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat di Tuban amat menggemari lagu-lagu gending gamelan, maka beliau menggunakan kesenian rakyat tersebut. Kepandaian beliau membunyikan alat muzik tersebut diiringi tembang-tembang yang berupa pantun keagamaan berjaya mempengaruhi masyarakat Tuban mempelajari lagu tembang dan akhirnya mempelajari agama Islam. Salah satu tembang yang terkenal bertajuk Tombo Ati. Manakala Sunan Drajat mencipta tembang Pangkur danMiji 1. Oleh itu, para wali menggunakan bidang kesenian sebagai kaedah berdakwah yang berkesan di samping ia memberi sumbangan kepada pengkayaan kesenian tradisi Jawa.
Pendekatan penyesuaian terhadap kebudayaan Jawa menyebabkan sesetengah unsur Hindu masih kekal seperti adat yang menggunakan mentera, ia tidak dihapuskan tetapi diganti bacaan al-Qur`an, tahlil dan doa. Misalnya dalam upacara berkabung, Sunan Bonang menggantikan adat menyajikan makanan untuk arwah mendiang dengan amalan sedekah iaitu memberi makanan kepada fakir miskin.
Sunan Kalijaga memberi sumbangan dalam bidang busana iaitu mencipta model baju takwa yang akhirnya menjadi pakaian kebesaran suku Jawa dalam pelbagai upacara rasmi (Arman Arroisi,1994: 18)
7. Bahasa dan Kesusasteraan
Sunan Ampel memperkenalkan huruf Pegon iaitu sejenis tulis Arab berbahasa Jawa, beliau juga memperkenalkan perkataan baru untuk disesuaikan dengan masyarakat Jawa seperti solat diganti dengan sembah hyang agar mudah difahami mayarakat yang sebelum beragama Hindu, istilah santri (pelajar yang menuntut di pesantren) yang berasal daripada kata shastri iaitu orang yang tahu buku suci agama Hindu.
Selain itu, Wali Songo turut menghasilkan karya seperti Sejarah Negeri Pajajaran oleh Sunan Gunung Jati, Kisah Joko Partoko oleh Sunan Drajat dan kisah Baru Klinthang oleh Sunan Kudus. Dalam bidang sastera pula, Sunan Bonang menghasilkan karya dongeng dan kisah-kisah ulama ketika beliau menyebarkan Islam di Jawa Timur memandangkan masyarakat tersebut menyukai cerita-cerita yang berunsur kesaktian dan mistik (Arman, 1993:10).
Pendekatan dakwah yang efektif
Para wali menggunakan pendekatan dakwah melalui pendidikan bagi mempersiapkan kader umat yang berketrampilan, metod dakwah tadarruj atau proses perubahan yang dilakukan secara evolusi dan akomoditif yang berprinsip merupakan suatu pendekatan yang bijaksana. Ajaran Islam disampaikan menurut tahap kemampuan dan pemikiran masyarakat sebagaimana pepatah Arab menegaskan likulli maqam maqal. Sesuai dengan metod ini, para wali menggunakan model yang telah sedia ada kemudian diterapkan nilai-nilai Islam, misalnya pesantren adalah suatu model pendidikan Islam yang diambil daripada bentuk pendidikan biara dan asrama para pendeta dan biksu, pengaruh mandala Hindu-Buddha masih ada sampai kini (Feby Nurhayati. 2007: 104). Hal ini merupakan salah satu pendekatan persuasif-edukatif dalam proses pengembangan dakwah Islam terhadap masyarakat setempat agar tidak terjadi suatu kejutan dalam menerima nilai-nilai Islam.
Salah satu pendekatan yang digunakan oleh para wali ialah pendekatan tabligh akbar bertujuan mengajak masyarakat agar masuk Islam. Tabligh akbar dikenali sebagai Sekaten.Sekaten berasal daripada bahasa Arab “Syahadatain” (dua kalimah syahadah). Sunan Kalijaga telah mencipta dua buah gamelan untuk menarik minat masyarakat menyertai perayaan Sekaten. Upacara diadakan di halaman masjid sempena memperingati Maulud Nabi Muhammad (SAW). Upacara ini dihadiri oleh raja dan para pengikutnya, diadakan selama seminggu, pada zaman walisongo upacara ini bertujuan, antara lain; menarik hati rakyat memeluk Islam, membenteras gejala syirik, mendorong rakyat setia kepada pemimpin, penyatuan masyarakat, latihan perajurit siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, kewajipan penguasa memberi sedekah kepada fakir miskin dan kewajipan umat Islam mengagungkan hari kebesaran Islam(Feby Nurhayati. 2007; 116). Walisongo menggunakan gapura (pinti gerbang) sebagai jalan masuk orang yang menuju acara Sekatan. Gafura berasal daripada kalimah ghafura, yakni pengampunan. Orang yang masuk gapura hendaklah membaca dua kalimah syahadah dan setelah majlis dipenuhi oleh pengunjung maka gamelan pun dipukul bertalu-talu disertakan dengan tembang keagamaan. Dalam kesempatan itu, para wali menyampaikan ceramah tentang kebenaran agama Islam (ibid).
Pendekatan sufi atau suluk merupakan satu lagi pendekatan berkesan yang digunakan oleh walisongo. Sunan Bonang misalnya memperkenalkan ajaran syariat, tarekat, makrifat dan hakikat melalui Suluk Sunan Bonang atau disebut juga sebagai Suluk Wragul. Wragul adalah bait-bait syair yang indah mengandungi 37 wragul tentang ajaran suluk (Rahimsyah.2000; 126-143). Sunan Giri yang digelar sebagai ‘Ainul- yaqin mengenal hakikat Allah secara halus melalui metod seni dengan mencipta Gending. Sunan Kalijaga memperkenalkan wejangan dalam bentuk lagu atau mantra-mantra yang mengandungi pemujaan terhadap kekuasaan Allah dan sebagai pelindung di malam hari. Begitu juga dengan Sunan Kudus dan Maria menggunakan bakat dan kemahiran masing-masing bagi tujuan manusia yang didakwahkan mereka dapat mengenali Allah, Tuhan yang sebanar.
Di antara pendekatan hikmah yang dihayati oleh para wali ialah pendekatan hiwaratau dailog, para wali tidak mengambil pendekatan kekerasan bagi membenteraskan amalan atau tradisi yang bercanggah dengan Islam. Misalnya, masyarakat Jawa beragama Hindu beranggapan bahawa hujan tidak turun berpunca daripada kemarahan Dewa Hujan, untuk meredakan kemarahan Tuhan supaya diturunkan hujan, maka seorang gadis perlu dikorbankan sebagai persembahan untuk Tuhan. Datuk Bantal(Maulana Malik Ibrahim) mendekati golongan yang menjalankan upacara pengorbanan gadis itu dengan menawarkan khidmat menurunkan hujan tanpa pengorbanan seorang gadis. Beliau bertanya mereka, mahukah kamu bebaskan gadis ini kalau kami dapat menurun hujan? Mereka jawab, ya! Datuk Bantal dan pengikutnya segera melaksanakan solatistisqa’ (solat hajat minta hujan) dengan penuh khusyuk dan akhirnya turunlah hujan. Bila hujan reda orang ramai berlutut kepada Datuk Bantal, beliau pun menegaskan bahawa kamu tidak boleh menyembah manusia. Hanya Allah yang layak disembah. Orang ramai meminta Datuk Bantal supaya diajar kepada mereka cara menurunkan hujan tanpa mengorbankan manusia. Nampaknya, penduduk sudah ada kepercayaan kepada beliau dan inilah peluang untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kalau kamu hendak belajar, kamu harus mengenal dan mempelajari Islam terlebih dahulu. Penduduk setuju dengan syarat itu, sejak itu Islam mula tersebar dengan mudah. Demikianlah kebijaksanaan mengadakan konteks pemikiran dan mencari titik temu sebagai tempat bertolak untuk maju secara sistematik menyampaikan ajaran Islam. 
Dakwah bil hal atau uswah hasanah merupakan suatu uslub yang berkesan dalam berdakwah. Sunan kudus misalnya mengambil sikap toleransi yang tinggi terhadap penduduk Kudus yang masih ramai beragama Hindu. Suatu ketika beliau membeli sapi (lembu betina) dari India ditambat di halaman rumahnya, maka orang ramai yang terdiri daripada Islam, Buddha dan Hindu membanjiri rumahnya dan ternanti-nanti apa yang akan dilakukan kepada sapi tersebut. Beliau pun berucap di khalayak, “saya melarang saudara menyakiti sapi ini apalagi menyembelihnya sebab di waktu saya masih kecil dulu ketika saya hampir mati kehausan lalu seekor sapi datang menyusui saya.” Beliau turut menegaskan bahawa dalam al-Qur`an ada surah bernama al-Baqarah (sapi betina). Selain itu, beliau membina menara mirip candi Hindu. Sikap toleransi beliau itu menyebabkan penduduk Kudus menerima Islam . Sunan Kudus juga berdakwah secara hikmah kepada umat Buddha, beliau membuat tempat wuduk dengan lapan pancuran. Setiap pancuran masing-masing diberi arca kepala lembu betina di atasnya. Hal ini disesuaikan dengan ajaran Buddha iaitu Jalan berlipat lapan. Usaha ini membuahkan hasil apabila ramai penganut Buddha tertarik untuk apa Sunan kudus memasang lambang wasiat Buddha di tempat wuduk (Rahimsyah. 2000;188) 
Solat hajat dan berdoa dengan penuh khusuk dan ikhlas merupakan satu lagi kaedah berdakwah yang dihayati oleh Wali Songo. Misalnya, Sunan Kudus (Ja’far Sadiq) menawarkan diri memohon kepada Allah supaya dilenyapkan bala yang menimpa Mekah setelah ramai ulama yang gagal berbuat demikian. Sebelum itu, Amir Mekah menawarkan hadiah wang bagi siapa yang dapat menolak bala melalui doa mereka, namun tidak seorang pun makbul doa mereka. Amir bertanya beliau apa yang menghalang doa ulama Mekah diterima oleh Allah? Beliau menjawab anda sendiri! Anda telah menjanjikan hadiah wang dan ia menggelapkan mata hati mereka sehingga doa mereka tidak ikhlas. Beliau pun berdoa dan membaca beberapa amalan, dengan izin Allah wabak pun hilang. Sebagai membalas jasa beliau itu, Amir ingin beri hadiah tetapi beliau menolak, beliau hanya mengambil batu yang berasal dari BaitulMaqdis dan dibawa balik ke Kudus.
Syeikh Maulana Ishak (Sunan Giri) bersedia mengubati mengubati Dewi Sekardadu dan mengusir wabak penyakit yang menimpa Blambangan dengan syarat Prabu Menak Sembuyu dan keluarganya masuk Islam dan rakyat Blambangan bersedia mendengar nasihatku. Setelah mendapat persetujuan, Syeikh Maulana Ishak mengubati dengan solat hajat dan amalan tarikat selama tiga malam, dan malam ke empat Dewi Sekardadu membuka mata dan sembuh penyakitnya. Prabu Menak Sembuyu menepati janjinya dan Syeikh Maulana Ishak diambil menjadi menantu dan dijodohkan dengan puteri beliau, Sekardadu. Sambil menunggu keadaan kesihatan Dewi pulih sepenuhnya, Syeikh Maulana berdakwah ke seluruh negeri dan mengubati penyakit di Blambangan. Menurut beliau punca penyakit adalah kerana rakyat tidak menjaga kebersihan dan kesihatan tidak terjaga, makanan mengandungi racun dan penyakit dan mereka membuang najis merta-rata tempat dan jarang mandi membersihkan badan. Setelah diberi rawatan dan membersih diri dan persekitaran, maka ramai rakyat Blambangan sembuh penyakit mereka (ibid).
Kesimpulan
Wali Songo bukan sahaja berjaya dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa tetapi turut memberi sumbangan dalam pelbagai bidang kehidupan. Mereka telah berjaya memperkenalkan Islam sebagai suatu cara hidup yang menyeluruh. Mereka menggunakan segala bakat dan kepandaian yang ada pada mereka untuk menyampaikan ajaran Islam. Sumbangan dan peranan mereka itu sebenarnya mempunyai perkaitan dengan kepelbagaian strategi dan pendekatan dakwah berkesan yang mereka gunakan, sudah tentu pendekatan itu digali daripada sumber al-Qur`an dan Hadis Nabi (SAW). Pendekatan sufi yang dinamik, penuh hikmah adalah satu langkah yang bijak dalam usaha mendekatkan masyarkat Jawa kepada Islam.
Bibliografi
Arman Arroisi. 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang.Bangung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.
Ashadi. 2006. Warisan Walisongo. Bogor: Lorong Semesta
Feby Nurhayati, Reny Nuryanti, Sukendar. 2007. Wali Sanga: Profil dan warisannya. Yogyakarta: Pustaka Timur
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
MB Rahimsyah AR. Wali Songo: Perjuangan dalam dakwah Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada
Musyrifah Sunanto. 2007. Sejarah Peradaban Islam di Indonesia. Jakarta: PT Persada
Muhammad Natsir.1978. Fiqh Dakwah (edisi jawi), Kuala Lumpur: IIFSO
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri. 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar

20120507

Bangsa Melayu Bani Jawi dari Keturunan Nabi Ibrahim






3 bani dari keturunan Nabi Ibrahim AS
Sejarah mencatatkan, terdapat 3 bani keturunan Nabi Ibrahim AS iaitu Bani Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Bani Israel tahu bahawa riwayat Bani mereka akan ditamatkan oleh Bani Jawi. Pemimpin Bani Jawi adalah gabungan benih Bani Arab dan Bani Jawi iaitu al Mahdi. Justeru Bani Israel berusaha bermati-matian mencari al Mahdi.
Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Di bumi Jawi ini al Mahdi dilahirkan ke dunia dan membesar menanti hari untuk pulang ke tanah asal nenek moyangnya .


Peta dunia Ptolemy yang dicetak di Ulm, Jerman, 1482.


Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang. Kini Yahudi telah mengetahui di manakah “promised land” iaitu Bumi Malaysia@Tanah Melayu@Tanah Jawi.  Sekarang Yahudi berusaha sedang menjejaki lokasi al Mahdi. Yahudi tahu al Mahdi ada di bumi Jawi ini.
Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Musa AS di dalam istana Firaun, sebagaimana Allah selamatkan Nabi Ibrahim di dalam api, sebagaimana Allah selamatkan Nabi Isa al Masih dari kepungan Yahudi , sebagaimana Allah selamatkan Nabi Muhammad SAW dari kepungan kafirin begitulah Allah akan selamatkan al Mahdi dari konspirasi Yahudi dan kuncu-kuncunya.
Bacalah catatan pengembaraan bani misteri ini mencari “promised land”untuk menunaikan misi suci wasiat  Nabi Ibrahim AS.
                BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU
  • Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
  • Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
  • Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
  • Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.
Adakah Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang dicari-cari oleh Yahudi selama ini kerana menurut kitab Yahudi…di akhir zaman nanti bangsa Yahudi akan disembelih oleh saudara mereka yang lain… iaitu Bangsa Jawi !!!


                                                                      Nie la Tanah Melayu yang sebenar


 Siapakah Melayu ?
Dari manakah asal usulnya bangsa Melayu itu ?
Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,  Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog ,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga kehilangan jejak mereka.
Di manakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka ?
Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka ?
Rupa-rupanya ‘Di hujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak bertapa !
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Ketahuilah bahawa kehadiran kita di bumi 


Jawi ini adalah ketentuan Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim AS.
Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan zahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.
Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.


Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. 
lihat bagaiman hubungat antara tanah melayu dan arab semasa peperangan di Melaka suatu masa dahulu     


Manakala kaum Yahudi sejak sekian lama, mencari merata-rata lokasi kaum yang hilang ini. Bani Jawi mesti dicari dan dihapuskan. Imam Mahadi adalah sasaran utama yang mesti dimusnahkan.
Mereka meracuni keturunan Rasulullah SAW supaya tiada zuriat akan diperturunkan pada generasi suci dan dengan itu al Mahdi tidak dilahirkan. Ketentuan Ilahi tiada siapa boleh menghalang. Al Mahdi tetap dizahirkan oleh Allah SWT.
Yahudi laknatullah tahu al Mahdi telah wujud dan zahir di tanah jawi ini tetapi di negeri mana, di daerah mana, di kampung mana dan di rumah mana ?
Untuk mencari al Mahdi, Yahudi telah membuat pengkalan di Singapura. Telah berapa puluh tahun Yahudi bertapak di Singapura. Dari situ berbagai rancangan dan teknik pencarian dijalankan.
Rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan. Manakala di Israel, Yahudi telah mula membina di Baitul Maqdis untuk meyambut kedatangan Kuil Suci Dajjal.

                                                 Masjidil Aqsa yang sebenar, kiblat pertama umat Islam

Yahudi telah menanam pokok Gharqad untuk bersembunyi andai bala tentera al Mahdi menyerang. Yahudi diberitakan juga telah menempah pedang-pedang titanium dari United Kingdom untuk peperangan menentang tentera al Mahdi.
Masa sudah amat singkat pada perkiraan Yahudi.
Di mana al Mahdi ?
Al Mahdi mesti di jejaki walaupun ke lubang cacing. Terhapusnya al Mahdi maka akan selamatlah seluruh bangsa Yahudi di Israel. Jika tidak penyembelihan Yahudi tidak dapat dielak lagi.
Para pemikir Yahudi membuat perancangan yang amat licik. Sedarlah, bahawasanya mereka sudahpun menerobos jauh ke dalam negara kita.
Pelbagai teknologi dan perisian dibangunkan  untuk memudahkan Yahudi menjejaki seorang bernama Muhammad bin Abdullah melalui sistem komputer bersepadu.
Setiap yang bernama Muhammad bin Abdullah pasti akan dijejaki satu persatu dan diselidiki latar belakangnya. Seorang Muhammad bin Abdullah mesti ditemui dan dihapuskan dengan apa cara jua pun.
Ini adalah kemuncak pencarian Yahudi di bumi Jawi ini.
Wahai bani Jawi, dibumi yang kita pijak ini TELAH zahir pemimpin Agung Akhir Zaman. Kita akan mendengar seruan dari langit untuk kita pulang ke tanah asal kita.
Kita ada tugas besar menghapuskan bangsa penderkaha iaitu Yahudi  Laknatullah. Mereka pembunuh para Nabi. Kita akan menuntut bela.
Kita akan pulang membawa panji-panji hitam mengiringi al Mahdi al Muntazar. Jangan dirisaukan keselamatan al Mahdi. Baginda tetap dalam peliharaan Allah.
Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperkukuhkan iman dan meneguhkan amalan. Tingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan sempurnakan sunnah Rasululah SAW dalam kehidupan seteliti mungkin.
Jadilah ahli sembahyang dan jangan ditinggal sembahyang malam dan pelajarilah ilmu fadhail dan masail.
Jangan pisahkan lagi nama Allah dari lidah-lidah dan hati kamu.
Jangan lalai berselawat ke atas Rasulullah SAW dan beristighfarlah belasan ribu kali setiap hari.
Murnikanlah lagi akhlak-akhlak kamu dan berakhlaklah dengan akhlak Allah.
Perbaikilah niat kamu sehari-hari semata-mata hidup ini mencari redha Ilahi.
Bersiap sedialah untuk satu perjalanan yang jauh.
Kita akan pulang ke tanah asal kita mengiringi pemimpin akhir zaman.
Kita akan melindungi al Mahdi dengan nyawa kita.
Dunia akan melihat kebangkitan semula kaum yang hilang ini.
Seruan dari langit pasti akan kedengaran.
Masanya sudah tersangat hampir untuk kita meninggalkan “promised land” ini. Bersiaplah untuk pulang ke tanah asalmu wahai Bani Jawi. Bersiaplah untuk pulang wahai bangsa mulia mengiringi al Mahdi pemimpin Agung akhir zaman. Bersiaplah untuk pulang ke tanah asal kita iaitu bumi suci nabi-nabi. Pertempuran Bani Jawi dengan Yahudi tidak dapat dielakkan lagi. Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.
Disunting daripada catatan abubasyir dalam http://khalifah.forum.st/



RAHSIA ANGKA 313 DALAM PERANG BADAR









Rahsia angka 313  dan surah 3 ayat 13 (A-li'imraan)




1) BAI’AH ‘AQABAH
Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.


Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.


Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”


Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.


Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.


Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.


Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.




2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.


Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.


Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”


Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.


3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”


Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”
Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....


Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."


Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."


Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)











   Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).


                                                                                                                                                                          (A-li'Imraan 3:13)